Sunday, January 10, 2010

istana iblis....

Mari kita menyusuri asal usul iblis. Iblis ialah keturunan para jin. Iblis berketurunan Ja'an, sebenarnya dia sangat pandai dan mirip malaikattetapi kemudian Iblis berperangai buruk dan sombong. Dari Iblis ini turunnya syaitan, Syaitan adalah jin tetapi tidak semua jin itu syaitan. Sebab jin sepertimanusia ada yang baik ada yang jahat.

Anak-anak Iblis
Setelah Iblis kahwin dengan Jin perempuan yang menjadi pengikutnya, lalu dari perkahwinan itu turunnya anak-anaknya yang kemudian di sebut syaitan. Iblis mempunyai 5 anak yang masing-masing diberi tugas tertentu.

1 Yang Tua sekali bernama Tsabar

Tugasnya ialah bertanggung jawab memberikan musibah yang membuatkan manusia menyesal, mengeluh, meratap dengan rintihan kebodohannya.

2 Yang Kedua bernama AI-A'war

Tugasnya bertanggung jawab.terhadap maharajalela perzinaan. Dia menggalakkan orang melakukan maksiat dan menganggap maksiat zina itu satu keseronokan.

3 Yang Ketiga bernama Maswath

Tugasnya menyebar kebohongan yang kemudian didengar oleh orang dan bohong itu disambung ke seorang yang lain. Sehinggalah bohong itu menjadi merebak berleluasa.

4 Yang Keempat bernama Dasim

Iblis yang menemani seseorang ketika dia menemui keluarganya lalu memperlihatkan aib dan malu pada diri mereka sehingga orang itu marah.

5 Yang Kelima bernama Zainabur

Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebarkan pertengkaran, caci mencaci, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia.

Mereka ini masing-masing mempunyai kerajaan yang sangat besar dan megah. Ada menteri, pemerintah, ada pejabat dan mempunyai wakil-wakil dan pengikut yang sangat banyakjumlahnya.

Dalam sebuah buku bertajuk The male offender dan the female offender, Dr Lamdrozzo menyatakan bahawa negara syaitan itu diperintah oleh 7 raja:

Ketujuh raja itu ialah:

a Maimun memerintah pada hari Sabtu
b Farkan memerintah pada hari Ahad
c Arka memerintah pada hari Isnin
d Samakas memerintah pada hari Selasa
e Mondiak memerintah pada hari Rabu
f Sauts memerintah pada hari Khamis
g Sarabuthus memerintah pada hari Jumaat
masing-masing mempunyai menteri yang
bertanggung jawab terhadap berbagai bidang.

Syaitan-syaitan di Kerajaan Air
Dunia ini 72 peratus adalah air, sedangkan daratan hanya 28 peratus. Manusia hanya mendiami daratan yang hanya satu pertiga dunia itu. Itu pun belum semua dihuni oleh manusia. Sedangkan Jin, Syaitan dan Iblis yang sudaah terlebih dahului menduduki dunia ini sudah membuat kerajaan-kerajaan yang megah di perairan, bahkan sebahagiannya mendiami di daratan.

Semua makhluk halus sangat suka tempat diperairan di mana ada pertemuan dua arus, baik sungai dengan lautan ataupun lautan dengan lautan.

Mengapa? kerana di antara keduanya terdapat batas. misalnya dua sungai yang mengalirdi Chatgam di Pakistan Timur menuju ke kota Arakan, Burma, kedua saliran sungai itu dapat dilihat secara jelas dan terpisah satu sama lain. Kedua sungai itu mengambiljaluryang terpisah. Fenomena in juga terdapat di sungai Gangga dan Yamuna di kota Allahabad. Penelitian dan kajian membuktikan terdapat hukum yang pasti dengan benda-benda yang mengalir yang disebut hukum "Surface tension" yang memisahkan dua arus yang mengalir ditempatnya.

Pembatasan kedua aliran ini akan menimbulkan medan magnet yang sangat disukai oleh makhluk halus.

Kerajaan Iblis di bumi Iblis pun ada pusat pemerintahan yang mengendalikanjalannya, aktiviti kegiatannya dalam melakukan aksi dan kekacauan terhadap anak keturunan Nabi Adam dan Hawa. kadang-kadang timbul pertanyaan di mana letaknya pusat pemerintahan Iblis itu?
Markas besar dan pusat pemerintahan Iblis di muka bumi ini terletak di dua tempat.

1 Di Segitiga Bermuda
2 Di Segitiga Formosa dan Sekitarnya

Kenapa diberi istilah Bermuda dan Formosa?

A. Segitiga Bermuda Istilah Bermuda asal mulanya dimaksudkan sebagai nama untuk bulan ketujuh kalendar Mesir, iaitu Naisan. Pada bulan ini petani menanam tebu dan kurma. Istilah ini kemudian di gunakan untuk menunjukkan suatu Segitiga imajinatif yang terletak di Lautan Atlantikj Segitiga Bermuda mempunyai keluasan 770,000 kilometer dan terdiri dari gugusan puau-pulau yang berjumlah 350 pulau. Pulau-pulau ini tersusuun seperti untaian manik-manik. Beberapa teluk kecil merupakan hujungnya terletak seluruhnya di Lautan Atlantik, 930 kilometer dari daratan Amerika.


Puncak Segitiga Imajinatif Bermuda di bahagian utara, terletak di pulau Bermuda. Sudut tenggaranya terletak di Puerto Rico. Penduduk nya berbahasa Sepanyol, di samping bahasa Inggeris. Ibukotanya bandar San Juan, sudut barat terletak di Miami Florida.

Banyak kejadian misteri berlaku di kawasan ini, bahkan menurut para peneliti daerah ini, segitiga bermuda merupakan daerah Elektromagnet. Daerah ini juga digelar Kuburan Atlantik yang tidak boleh ditangkap oleh setiap or-ang yang melakukan kajian dan menganalisa misterinya. Di situ terdapat singgahsana Iblis.

B Segitiga Formosa

Formosa ialah nama untuk sebuah pulau yang terletak 145 kilometer di sebelah Timur daratan China yang dipisahkan oleh Selat yang disebut Selat Formosa. Formosaa adalah China Nasionalis yang lebih dikenali dengan nama Taiwan. Luas pulau itu sekitar35,961 kilometer dan ibukotanya ialah BandarTaipeh. Formosa terkenal
kerana kedudukannya yang terletak di tenggara sebuah segitiga yang dikenali dengan nama "Perigi Syaitan" atau juga dikenali "Pusaran Syaitan" di m ana disitu juga terjadi berbagai-bagai peristiwa di mana hilangnya kapal dan kapal terbang yang sama hebat misterinya dengan Bermuda.

Puncak Segitiga Formosa ini terletak di Pulau Gilbert di Laut Kuning, daerah ini disebut dengan "Kuburan Kapal dan Kapal Terbang". Sudut Timur lautnya terletak di pulau Formosa. Segitiga Pusaran Syaitan Formosa disebut sebagai daerah yang lebih merbahaya dari Segitiga Bermuda.
Daerah Formosa merupakan kawasan Segitiga pusaran air yang tersembunyi. Bukti-bukti ilmiah menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan pertemuan antara arus air panas dan air sejuk.

Bahkan ada rahsia yang terungka dari alam Jin. Semua tempat yang merupakan antara aliran air panas dan air sejuk adalah kawasan yang digemari oleh Iblis dan pembantu-pembantunya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negara Iblis.

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A270551&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0cDrYB7Rz

No comments: