*Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?
*Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?
...*Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?
*Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?
*Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?
*Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?
Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.
Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan "Lodgekeeper" dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.
Selamat Membaca.
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU
“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”
(Genesis 25:6 New International Version)
Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.
Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.
Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.
Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey. Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini, perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.
Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah, bahasa dan personaliti bangsa ini. Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.
Apakah yang dimaksudkan dengan alter?
Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di’suis’ dalam keadaan tertentu.
Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.
Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang. Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu. Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).
Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya, alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi. Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain, berbeza dari alter utama(personaliti utama).
Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.
Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.
’Melayu’ adalah bangsa misteri yang dimaksudkan, telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu, serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah ‘The Promised Land’ seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Menurut kajian geneologi setakat ini.
Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael). Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.
Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab. Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah, isteri bongsu Nabi Ibrahim. Sarah, iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal, manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.
Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai ‘unknown nationality’.
Persoalannya,
“Siapakah Keturah ini?”
Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment