Di China kini, jumlah umat Islam sudah menjangkau 200 juta orang.Mempunyai 3500 masjid, 4000 Imam dan 3500 sekolah pengajian Al Quran, Hadith dan Fardhu Ain.Ada beberapa masjid di beberapa daerah di sana sentiasa penuh pada setiap solat 5 waktu.Penuh nya saperti solat Jumaat dan belum pernah berlaku di negara kita Malaysia.Umat Islam Cina juga mempunyai 9 universiti Islam.Di samping itu beribu beribu umat Islam sedang belajar Islam di luar saperti di Mesir, Saudi, Algeria dan Jordan.
Syiar Islam sangat terserlah.Perkembangan nya sangat membanggakan, menakjub dan mengkagumkan.Di sana tidak ada Parti Politik Islam yang berjuang untuk mendapat kuasa memerintah.Walaupun 20 atau 30 tahun dahulu umat Islam di sana tertindas dan ada di antara pejuang pejuang di hukum mati.Pemerintah Cina tidak pro Islam.Namun Islam tetap membangun dengan teratur dan pesat.
Siapa pejuang Islam di sana? Mereka adalah pendakwah yang berkerja keras dan ikhlas kerana Allah.Pendakwah dan pejuang Islam di sana bekerja keras,bersatu hati, dan bersatu jiwa.Tidak di selitkan dengan kepentingan diri, politik dan habuan dunia.Hasilnya 130 juta umat Islam dan ianya masih kian berkembang.
Berbeza di negara kita, pejuang pejuang Islam hanya gemar bertelagah sesama sendiri dan banyak buat bising dari bekerja.Bisingnya macam lah tong kosong.Masing masing pihak mengaku cara perjuangan mereka sahaja yang betul.Hasilnya mendukacitakan.
Apa yang berlaku di negeri Cina membuktikan kepada kita bahawa kaedah perjuangan yang utama dalam Islam ialah melalui dakwah.Saluran politik adalah sebahagian dari pecahan perjuangan melalui dakwah (tetapi bukan cara politik taghut ideologi barat tu....saperti yang di amal oleh pejuang pejuang Islam di negara kita, tetapi yang di maksudkan ialah politik Islam - Politik Dakwah).
Dalam perjuangan melalui dakwah, kerja apa sahaja dan sesiapa sahaja di kira berjuang sekira apa yang dia kerjakan ialah kerana Allah Taala.Seorang doktor kalau dia berusaha dan berkerja dengan niat mahu menjaga kesihatan umat am nya dan umat Islam khas nya maka dia dikira berjuang untuk Allah.Bahkan seorang nelayan yang menangkap ikan di laut dan petani yang menanam padi untuk beri makan kepada umat adalah pejuang Islam.Buruh, guru, pensyarah,jurutera,saintis,ahli ekonomi,para hafiz , ustaz, ustazah,ahli politik,pemimpin, pengikut, semua adalah pejuang.(Dengan syarat niat dan perjalanan kerja tidak tersasar dari kehendak Islam).Bahkan kata Nabi melawan hawa nafsu di dalam diri sendiri adalah perjuangan.Inilah sebenarnya rahsia kejayaan umat Islam di Cina.
Maka amat tersasar sekali jika ada pihak mengatakan bahawa sesiapa yang tidak ikut mereka berjuang menegakkan Islam cara mereka, ia itu melalui politik ala ideologi demokrasi pilihanraya taghut itu adalah orang yang tidak berjuang.
Sudah terbukti saperti yang saya ceritakan di atas.Islam berkembang tanpa memperolehi kuasa pemerintahan pun di sana.Dan akan terus berkembang, dan pengembangan nya boleh jadi saperti bah yang tidak dapat di bendung.Tidak mustahil satu hari nanti Islam dengan sendirinya dapat menguasai negeri Cina. melalui kerja dakwah yang tidak menyakitkan hati pemerintah yang ada sekarang.
Dalam Islam kerja utama adalah perjuangan menegakkan kebenaran bukan perjuangan untuk mendapat kuasa.Kalau mereka ini tunggu dapat kuasa baru nak tegakkan kebenaran.Agaknya kalau 1000 tahun masih tidak dapat kuasa maka selagi itu lah mereka tangguh untuk menegakkan kebenaran.
Lagi pun belum tentu apabila dah dapat kuasa boleh berjaya menegakkan kebenaran.Tetapi menegakkan kebenaran boleh berjaya tanpa dapat kuasa.Ingat, Allah ukur dan terima kejayaan perjuangan berdasarkan kemampuan dan keadaan masing masing.Walaupun perjuangan seseorang itu hanya mampu menegakkan satu hukum Allah.
Wallahu 'alam.
credit to buaya-merah.blogspot
No comments:
Post a Comment