Monday, November 8, 2010

GAGALNYA SEORANG MENTERI KEWANGAN..SAKSIKAN PEMBONGKARAN TENTANG SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM..

oleh Anti-PKR Club pada pada 08hb November 2010 pukul 1.49 ptg

Mengupas isu kegagalan Anwar Ibrahim menangani isu kegawatan ekonomi sehingga hampir mengorbankan ekonomi seluruh negara.

Hari ini, negara kita digegarkan oleh 2 isu iaitu isu kegawatan ekonomi dan isu Anwar Ibrahim. Secara luaran, isu ini sepatutnya tidak berkait diantara satu sama lain kerana ia adalah isu yang berbeza, satu isu yang bakal menjejaskan seluruh rakyat Malaysia (isu ekonomi) manakala yang satu lagi isu yang bakal menjejaskan hidup SATU rakyat Malaysia.

Namun secara realitinya, kedua isu ini berkaitan. isu yang kedua itu nampaknya begitu popular sehinggakan lebih memburukkan lagi usaha Kerajaan untuk menangani isu yang pertama. Malah di kalangan penyokong Anwar, mereka seolah-olah tidak peduli risiko bahawa isu kegawatan ekonomi, jika gagal ditangani, akan menghempap ke kepala mereka sendiri suatu hari nanti. Bukan sekadar ke kepala mereka sendiri malah seluruh kaum keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia.

Jadi secara logiknya, para penyokong Anwar berpendapat bahawa isu seorang manusia harus dipandang lebih serius dari isu 21 juta orang manusia di Malaysia ini. Kata-kata di atas sebenarnya tidaklah merujuk kepada semua penyokong Anwar, kerana masih ada penyokong Anwar yang tahu membezakan kepentingan negara dengan kepentingan politik.

Jadi masih ramai lagi penyokong Anwar menyokong secara dalaman tanpa memburukkan usaha menangani kegawatan ekonomi. Namun yang paling membimbangkan ialah golongan penyokong fanatik, yang terlalu mengikut kata hati tanpa menggunakan otak.

Golongan ini terpecah kepada 2 iaitu golongan pengikut fanatik dan golongan pemimpin fanatik. Golongan pengikut fanatik berjaya membantu memburukkan imej negara dengan berdemonstrasi atau merusuh. Inilah dia golongan yang berkumpul beramai-ramai di jalanraya dan mula melaung-laung slogan di malam buta. Bila mereka nampak wartawan datang maka makinlah mereka bergaya. Terutamanya bila yang mengambil gambar itu wartawan asing. Habis mata dijegil dan mulut dinganga seluas-luasnya menunjukkan betapa extrimnya mereka.

Jika ada polis cuba menasihat maka dihujahnya itu `perhimpunan aman' dan `kebebasan bersuara'. Tapi mereka lupa yang gambar-gambar mereka itu dijadikan senjata oleh media asing untuk meruntuhkan ekonomi kita. Apabila media asing menyiarkan gambar-gambar itu, mereka tidak pernah mahu menggelar perhimpunan itu sebagai `perhimpunan aman', sebaliknya perkataan yang dipampang ialah perkataan `rusuhan'. Maka bertempiaranlah lari para pelabur keluar dari negara ini.

Yang bercadang hendak datang melabur pun terus terbantut hasrat. Takkan kita hendak salahkan para pelabur pula? Bukan salah mereka bila mereka mendapat andaian bahawa keadaan negara ini ialah seperti di El-Salvador pada 1980-an di mana orang boleh mati di tengah jalan semasa hendak pergi ke pasar.

Golongan kedua pula adalah golongan pemimpin fanatik. Ini lebih dahsyat lagi. Tidak cukup di dalam negara, dikempennya keburukan negara sendiri di luar negara. Inilah orang-orang yang semasa masih di atas, berdegang-degang mengatakan dia setia pada negara, tapi bila di bawah habis dijualnya Malaysia hatta kepada orang asing sekalipun.

Inilah dia kaum kaum yang berpolitik untuk diri sendiri. Mereka ini bergerak di luar negeri dan mengundang campur-tangan negara asing semata-mata untuk menyelamatkan agenda sendiri.

Kaum ini mengingatkan saya kepada bekas Perdana Menteri Haiti yang lari berlindung di Amerika Syarikat, yang sanggup menyokong cadangan Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan ke atas negara sendiri semata-mata sebagai salah satu usaha menekan Kerajaan Tentera Haiti supaya berundur. Nasib baiklah sekatan tidak sempat dilakukan, kalau tidak dah ramai agaknya penduduk haiti yang miskin tu mati terbongkang.

Kemudian mengingatkan saya kepada penulis Pakistan Taslima Naseem. Taslima telah menulis sebuah buku yang kemudian difatwakan sebagai murtad. Akibat ancaman terhadapnya di Pakistan, Taslima lari berlindung di Perancis dan kemudian membuat kenyataan memburukkan negara sendiri. Kenyataannya inilah yang kemudiannya digunakan oleh negara-negara Eropah untuk menekan ekonomi Pakistan atas alasan Hak Asasi Manusia.

Negara-negara luar terutamanya dikalangan negara Asean pula, memang seronok mahu menggunakan isu politik negara lain sebagai salah satu usaha mengalih perhatian rakyat negara sendiri dari masalah ekonomi domestik. Maklumlah di Filipina dan Indonesia tu keadaan ekonominya lebih-lebih parah dari di Malaysia. Jadi kalau ada penyokong Anwar atau kaum-kerabat Anwar datang mengampu sokongan, maka bolehlah diguna sekejap isu itu untuk menaikkan kredibiliti pemimpin setahun jagung yang baru berkuasa sebulan dua tu.

Lupalah sekejap rakyat dan akhbar Filipina mengenai isu Syarikat Penerbangan PAL yang hampir mengorbankan pendapatan 20,000 rakyat Filipina itu, lupalah sekejap rakyat Indonesia dengan hakikat bahawa tiada beras di rumah. Buat pertama kali bolehlah mereka berborak pasal Anwar walaupun sambil makan ubi kayu, jagung dan biji getah yang direbus.

"INILAH NEGARA YANG PATUT KITA CONTOHI!" Kata pemimpin fanatik pro-anwar tadi sambil menuding jari kepada negara asing yang rakyatnya hendak membeli beras pun susah. "YA! BETUL! BETUL!" sorak penyokong jalanan Anwar yang lupa bahawa seburuk-buruk manapun Kerajaan yang mereka tentang, kerajaan itulah yang berhempas pulas mempertahankan ekonomi sehingga mereka masih lagi mampu makan nasi berlauk ikan dan ayam setiap hari.

Betullah agaknya kata seorang kawan saya, yang berkata; "Rakyat Malaysia ni kalau pasal politik, kebulur pun tak apa.." Menghairankan bukan? Lebih menghairankan lagi apabila difikirkan bagaimana para penyokong ini boleh menyokong bekas Menteri Kewangan yang hampir menjerumuskan rakyat Malaysia ke jurang ekonomi.

Tidakkah mereka tahu bahawa diandaikan Anwar Ibrahim masih berkuasa, pasti negara ini sudah menerima nasib yang sama dengan Thailand, Filipina dan Indonesia? Saya rasa mereka tahu, mereka sebenarnya tahu bahawa Anwar Ibrahim TELAH GAGAL menangani kegawatan ekonomi. Nasib baiklah Kerajaan cepat-cepat menolak dia ketepi, kalau tidak agaknya hari ini, saya pun terpaksa duduk semeja dengan penyokong Anwar makan ubi kayu dan biji getah rebus. Yuccck! Punyalah tak sedap berbanding nasi!

Contohnya semua orang tahu bahawa `ubat' Anwar adalah diciplak dari `ubat' IMF. Bukan sekadar diciplak malah sebijik serupa! Cuma label IMF sahaja yang tak ada. Inilah dia ubat yang ditelan oleh Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.

Akibatnya ekonomi Thailand runtuh dan ada rakyatnya yang melompat dari tingkat 10 bangunan, di Korea pula bank tutup dan rakyat bertempiaran menggadai harta, di Indonesia pula sampai beratus orang yang mati. Inilah dia ubat yang pernah direkomen oleh Anwar dan hampr ditelan oleh kita semua. Apa? Tidak percaya?

Pada JUN 1997, Pasaran mula panik apabila ada khabar angin mengatakan permulaan kejatuhan ringgit adalah akibat serangan pihak yang sama yang menyerang Thailand sebelumnya. Terdapat pakar ekonomi yang memberi amaran supaya Kementerian Kewangan berjaga-jaga. Tapi Anwar terlalu cuai (over confident).

Pada 19 JUN 1997 dia mengeluarkan kenyataan over-confident yang berbunyi `penurunan ringgit hanya sementara'. Eeewwah! Oleh itu maka Kementerian Kewangan merasakan bahawa langkah-langkah sambilan masih belum diperlukan.

Kemudian pada 14 JULAI 1997, ringgit jatuh lagi ke paras 2.5550 berbanding dollar Amerika iaitu paras terendah dalam 16 bulan. Kegelisahan memuncak tetapi Anwar mengumumkan bahawa nilai ringgit masih belum mencerminkan kegawatan ekonomi (over confident lagi). Oleh itu beliau masih mempertahankan dasar tidak campur tangan (pasaran bebas). Langkah sambilan belum diperlukan lagi. Desas desus mengenai serangan ringgit makin ganas. Buat pertama kalinya, Dr.Mahathir melangkah bendul apabila membuat kenyataan pada 21 JULAI 1997 di Okayama yang meramalkan bahawa ada pihak-pihak tertentu di dalam dan di luar negara yang berniat jahat menjatuhkan ringgit dan matawang Asean lain.

Di Malaysia pula, Anwar masih menganggap bahawa kejatuhan ringgit adalah sebahagian dari permainan pasaran dan bukan sebab serangan terancang. (terlalu taksub sangat dengan fahaman pasaran bebas yang diajar oleh kawan-kawannya di Bank Dunia tu kot)

OGOS 1997 - SERANGAN KE ATAS RINGGIT MELENYAPKAN NILAI RINGGIT SECARA BERPERINGKAT. KEMENTERIAN KEWANGAN YANG DIKETUAI ANWAR DAN BANK NEGARA YANG DIKETUAI KAWAN-KAWANNYA MASIH PERCAYA DENGAN PASARAN BEBAS DAN DASAR TIDAK CAMPUR TANGAN. MASYARAKAT PENIAGA MULA PANIK.

23 OGOS 1997 - Mahathir berterus terang menuduh George Soros sebagai dalang dalam kejatuhan nilai ringgit. Mahathir memberi amaran kepada spekulator untuk berhenti atau Kerajaan akan campur dalam pasaran saham. Besoknya Anwar Ibrahim buat statement dalam paper menjamin bahawa Bank Negara dan Kementerian Kewangan tidak akan campur tangan dan mengekalkan kebebasan pasaran. Ringgit terus jatuh. Pada hari yang sama dia buat satu lagi kenyataan over-confident yang menyangkal kemeningkatan defisit. Alasannya ialah kejatuhan ringgit hanya berbanding US Dollar dan bukan matawang lain. Tak tahulah macam mana seorang Menteri Kewangan boleh lupa bahawa hampir 80% pembayaran import/eksport di negara ini adalah dalam Dollar Amerika! Malah telah menjadi tradisi peniaga antarabangsa untuk menggunakan US Dollar walaupun yang berniaga dengan kita tu bukan negara Amerika. Hatta kalau kita berniaga dengan Indon pun kita pakai Dollar jugak! Bagaimana dia boleh kata tak ada defisit dengan alasan sedangkal itu.

27 OGOS 1997 - Bukti kukuh Anwar bantu orang asing. Anwar menggunakan ubat yang sama dengan IMF yang secara prinsipnya untuk membolehkan syarikat asing menguasai sektor swasta di negara yang terlibat. Pada hari ini Anwar mengumumkan penghapusan levi $100,000 ke atas pemilikan hartanah oleh orang asing. Alasan Anwar sama dengan alasan IMF di Indonesia iaitu untuk menggalakkan orang asing melabur di Malaysia. Dengan penghapusan levi ini, maka orang asing boleh memiliki ekuiti di Malaysia dengan mudah. Tanah boleh dibeli, dan premis boleh dibina dengan pemilikan 100% orang asing. Dengan kata lain Anwar berkata kepada orang asing; "MARI! MARI! MARI! AKU NAK JUAL TANAH KAT MALAYSIA KAT KORANG! MURAH! MURAH!". Mahathir telah diketahui sangat menentang dasar pemilikan 100% orang asing kerana beliau takut sektor swasta dikuasai oleh bukan orang tempatan. Jika semua sektor swasta di negara ini dikuasai oleh orang asing, maka lambat laun syarikat asing akan cukup kuat untuk melobi Kerajaan dan sekaligus mempengaruhi politik negara. Mahathir pernah bertempur mulut dengan Washington mengenai dasae ini dalam isu pemilikan 51% American Insurance Association (AIA) pada 17 DISEMBER 1997.

3 SEPT 1997 - Mahathir hilang sabar. Mahathir umumkan campurtangan pertama Kerajaan dalam mempertahankan BSKL yang turut diserang spekulator. Ini merupakan tindakan langkah bendul beliau yang kedua dengan mengumumkan penubuhan dana RM60 billion untuk mempertahankan BSKL dari ranap terus. Jika BSKL ranap maka maknanya majoriti syarikat di dalam BSKL telah muflis, maka seronoklah spekulator sebab ramai orang tak ada kerja. Ini juga merupakan tindakan rasmi pertama Mahathir dalam menolak dasar pasaran Bebas yang disokong oleh Anwar.

10 SEPT 1997 - Anwar umum bahawa Putrajaya dan projek Bakun dibekukan. Kesemua beratus kontraktor tempatan yang terlibat kejang mendengar berita menyayat hati ini. Kontraktor lain yang terlibat di Cyberjaya dan Kompleks sukan Bukit Jalil pun turut menahan nafas kerana menjangka mereka mungkin seterusnya.

11 SEPT 1997 - Kerana dipaksa Mahathir, maka Anwar umum pula bahawa projek MSC tidak akan dibekukan. Maka menarik nafas lega pekerja di yberjaya dan Putrajaya. Harapan timbul balik di kalangan kontraktor seluruh negara bahawa mungkin tidak semua projek akan dibekukan.

3 OKTOBER 1997 - Dr.Mahathir bertegas bahawa beliau akan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan ekonomi negara dan meluahkan keyakinan bahawa masalah ekonomi akan dapat diatasi.

5 OKTOBER 1997 - Pemimpin PAS, Nik Aziz Nik Mat secara ikhlas menyeru rakyat untuk berkerjasama membantu menangani kegawatn ekonomi. Kata Tuk Guru masalah ringgit bukan masalah kerajaan sahaja malah masalah seluruh rakyat.

6 OKTOBER 1997 - Mahathir menyangkal dakwaan bahawa sikap celupar (anti-spekulator) beliau adalah penyebab kepada kejatuhan Ringgit. Tuduhan itu telah dilemparkan oleh media massa asing sebelumnya yang turut membandingkan beliau dengan Dato Seri Anwar. Media asing memuji sikar Anwar yang berpegang kepada prinsip pasaran bebas dan tidak `celupar'.

10 OKTOBER 1997 - Mahathir menuduh orang Yahudi di sebalik serangan ringgit. Ini mengundang kemarahan dari Washington yang dilobi oleh kumpulan Yahudi Amerika.

17 OKTOBER 1997 - Belanjawan negara yang hampir meranapkan seluruh ekonomi negara dibentangkan oleh Dato Seri Anwar di parlimen. Inilah dia belanjawan yang popular dengan kata-kata `ubat yang pahit itulah yang lebih mujarab'. Sekali lagi Dato Anwar menciplak `ubat pahit' keluaran IMF walaupun ubat itu langsung tidak berkesan di Indonesia dan Thailand. Belanjawan ala-IMF ini mencadangkan pemotongan perbelanjaan yang menyebabkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana yang bergantung kepada subsidi Kerajaan ranap satu persatu. Hampir semua usahawan kecil dan sederhana ini pula ialah orang Melayu. begitu juga industri-industri berkaitan turut kehilangan oksigen bila hilang tender dan mata pencarian. Maka makin banyaklah melayu hilang kerja. Setelah Dato Anwar dipecat, semua pihak bersetuju bahawa Dasar Belanjawan ini adalah gagal.

18 OKTOBER 1997 - Lagi sekali Anwar Ibrahim memperkenalkan dasar `membunuh' ala IMF dalam pelan ekonominya. Kali ini beliau meningkatkan paras kredit di bank-bank. Ini kononnya mengundang simpanan asing (kerana bunga simpanan yang tinggi) tetapi sebenarnya ia telah membunuh pasaran tempatan yang tidak mampu lagi membayar hutang (kerana bunga hutang yang tinggi). Banyak syarikat kecil dan sederhana diisytiharkan muflis dan sektor korporat pula sakit kepala hendak mencari duit membayar bunga yang semakin tinggi.

14 NOVEMBER 1997 - Mahathir mengumumkan dasar beli barangan tempatan sebagai salah satu usaha mengelak pengaliran wang keluar. Dasar ini kini dikritik oleh negara barat yang mendakwa bahawa Malaysia boleh dikenakan sekatan kerana melanggar prinsip pasaran terbuka anjuran WTO.

21 NOVEMBER 1997 - Satu lagi peluru pembunuh Anwar Ibrahim. Dan seperti sebelumnya ia juga menciplak idea IMF. Kali ini beliau mengumumkan supaya bank mengetatkan pinjaman. Industri yang melibatkan pinjaman bank seperti perumahan, perabot, kereta dan lain-lain ranap dikerjakan Anwar. Pada 25 Disember 1997 diberitakan penjual kereta terpakai terpaksa gulung tikar manakala yang bertahan pula sanggup menanggung kerugian $10,000 untuk menjual stok sebelum memberhentikan perniagaan. Ruang kedai tidak laku lagi kerana tiada pinjaman bank untuk pengubahsuaian. Perniagaan baru terbantut kerana tiada pinjaman. Syabas ANWAR! Kawan IMF!

22 NOVEMBER 1997 - Dato Mohammad Rahmat mengumumkan cadangan Kerajaan untuk menubuhkan Badan khas yang dinamakan Majlis Tertinggi Ekonomi Negara (MTEN). Media massa asing (TIME, ASIAWEK) mempersendakan Kementerian Kewangan dan menyatakan bahawa MTEN sebenarnya merupakan tindak-balas Dr.Mahathir untuk mengambil-alih urusan ekonomi dari Kementerian Kewangan liputan dari perbalahan pendapat mengenai cara mengurus ekonomi oleh Anwar.

28 NOVEMBER 1997 - Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan meminta bantuan IMF. Anwar Ibrahim berkata bahawa Malaysia tidak akan meminta bantuan IMF `buat masa ini'.

1 DISEMBER 1997 - Mahathir berkata bahawa penubuhan MTEN nanti akan menjadi penentu kebangkitan ekonomi negara.

5 DISEMBER 1997 - 4 hari selepas itu, Anwar melepaskan peluru pembunuh beliau yang terakhir. Dasar-dasar ala IMF yang hampir meranapkan ekonomi seluruh Malaysia ini ialah

[A] belanjawan persekutuan dipotong 18% - meranapkan sebahagian industri kecil dan sederhana yang bergantung kepada - peluang dari Kerajaan.

[B] JAMINAN SISTEM PASARAN TIDAK AKAN DIKAWAL - menyenangkan hati IMF dan para spekulator

[C] sektor swasta diarah berjimat - seolah-olah memberi lampu hijau kepada majikan untuk membuang pekerja

[D] pinjaman tertunggak 3 bulan diklasifikasi sebagai tidak berbayar- Bank tidak berani lagi memberi pinjaman sebab takut kalau ia tertunggak - lebih dari 3 bulan. Meranapkan sektor yang bergantung kepada pinjaman bank.

Ini merupakan dasar terakhir Anwar Ibrahim dalam menangani kegawatan ekonomi. Ia juga adalah hari terakhir yang menyaksikan kesan kedahsyatan dasar Anwar pada sektor swasta.

Akibat kesilapan besar ini, industri kecil dan sederhana yang mana banyak dimiliki oleh orang melayu hampir lumpuh. Bank-bank kehilangan aset dan terpaksa bergabung. Syarikat-syarikat menerbitkan bon sebagai salah satu usaha menyelamatkan syarikat dari runtuh akibat kehilangan modal.

Kata-kata Dr.Mahathir bahawa MTEN bakal menjadi penentu kebangkitan ekonomi menjadi kenyataan apabila MTEN ditubuhkan dan Daim Zainudin menjadi pengerusinya pada 20 Disember 1997.

Majalah Times, Far Eastern Economic Review, dan AsiaWeek menuduh Mahathir melantik Daim Zainudin sebagai Menteri Kewangan sebenar manakala Anwar pula hanya tinggal boneka.

Selepas itu banyak berita di dalam ketiga-tiga majalah ini yang mengupas mengenai perbalahan dasar ekonomi di antara Mahathir dan Anwar. Mahathir dikatakan hilang kepercayaan dengan kemampuan Anwar menangani ekonomi.

Daim tidak berlengah dalam melakukan kerjanya. 2 hari selepas beliau dilantik, MTEN telah menahan kenaikan harga petrol untuk mengelak ekonomi menjadi buruk. Usaha itu diteruskan sehingga hari ini.

Selepas dipecat, Anwar telah mengadakan satu temubual ekslusif dengan wartawan Majalah TIMES (issue 19 September 1998) dan mengaku bahawa memang beliau menyokong pasaran bebas dan menentang sebarang usaha mengawal pasaran yang dilakukan oleh MTEN.

Beliau mengaku pernah menuduh Dato Seri Dr Mahathir sebagai `ketinggalan zaman' (obsolute) semata-mata kerana Dato Seri Mahathir menentang dasar pasaran bebas yang telah meranapkan Malaysia.

Sebelum pemecatan Anwar Ibrahim, Dato Seri Mahathir pernah menyindir `individu tertentu' (yang terlalu over confident) sehingga lalai membiarkan kejatuhan nilai ringgit).

Sila lihat artikel `MAHATHIR: "HOW DARE YOU SAY THESE THINGS!" yang terdapat di http://www.oocities.com/WallStreet/Exchange/9433/

untuk rujukan.

No comments: