Sunday, November 14, 2010

Jika diberi pilihan, abiliti luarbiasa yang manakah yang paling berguna untuk korang?

ok. Sekadar untuk research dan mengumpul maklumat. Tapi masih serius.

katakanlah, korang diberi peluang untuk memilih HANYA SATU sahaja daripada senarai abiliti luarbiasa yang tersenarai di bawah:

A. Anti-graviti & Gravitisme
B. Magnetisme & Anti-magnetisme
C. Teleport
D. Telepati
E. Invisibiliti
F. Kawalan Haba
G. Phasing
H. Psikokinetik
I. Lain-lain (sila nyatakan)

Keterangan:

Anti-graviti = kebolehan mengapungkan sebarang objek, termasuk badan anda sendiri di udara. Gravitisme = kebolehan mengawal berat sebarang objek berjisim. Juga boleh mewujudkan daya pelindung (force-field).

Magnetisme = kebolehan menarik atau menolak sebarang objek, terutamanya yang mengandungi unsur logam. Anti-magnetisme pula boleh memesongkan tembakan peluru, atau mencegah diri dari ditembusi senjata logam.

Teleport = kebolehan mengalih sebarang objek tak bernyawa dengan cara menghilangkannya dan kemudian memunculkannya semula di tempat yang lain.

Telepati = kebolehan membaca fikiran manusia. Jika ada orang lain yang memiliki kebolehan serupa, anda boleh berkomunikasi secara dua hala.

Invisibiliti = kebolehan menjadi halimunan (tanpa perlu menanggalkan pakaian!), buat suatu tempoh masa tertentu.

Kawalan Haba (heat control) = kebolehan mengawal suhu sebarang objek termasuk objek bernyawa dan tubuh anda sendiri. Boleh membentuk dan melenturkan sebarang logam menggunakan tangan kosong. Nak goreng telur atas tapak tangan pun boleh.

Phasing = kebolehan untuk lalu menerusi sebarang objek pepejal, termasuk dinding konkrit atau keluli.

Psikokinetik = kebolehan untuk menggerakkan sebarang objek menggunakan kuasa minda, tanpa perlu sebarang sentuhan.


OK! korang hanya perlu pilih SATU saja. Ertinya, yang mana satu yang benar-benar berguna, memanfaatkan dan menguntungkan pada fikiran korang semue? Gunakan logik dan cuba jawab dengan serius. ELAKKAN DARI MEMBERI ALASAN/TUJUAN YANG KURANG BIJAK.


Contoh jawapan kurang bijak:
"Saya nak abiliti ANTI GRAVITI sebab nak terbang ke Mekah..tak payah beli tiket flight.."
- rugi kalau macam tu...mungkin ada abiliti lain yang boleh datangkan duit pada anda, dan anda boleh BELI tiket flight berkali-kali! Ada makanan dihidangkan, dan boleh tidur dalam penerbangan...

"Saya nak invisibiliti sebab nak skodeng awek mandi"
-alasan/tujuan yang singkat akal, menyalahi syariat dan undang-undang!
cuba la kau pilih abiliti yang lebih bermanfaat/menguntungkan, yang akhirnya buat awek terpikat (sebab kau dah kaya) dan sudi jadi bini kau, nak mandi sesama pun dah halal..tak payah skodeng dah!


mengapa hanya SATU yang boleh dipilih? Entah. aku pun cuma nak tahu yang mana satu yang paling bermanfaat. Dan....katakanlah, SETIAP SATU abiliti di atas tu, hanya dapat dikuasai sepenuhnya setelah dipelajari selama kira-kira 30 tahun. So, kena pilih satu je dulu. Tak cukup umur kalau nak dapatkan semua.


SO..ABILITI YANG MANA SATU JADI PILIHAN KORANG SEMUER? SILA NYATAKAN SEBABNYA.

AKU TUNGGUJAWAPAN DARI KORANG..... (^_^)

No comments: