Sunday, July 17, 2011

POLITIK SUCKS!!!!!!!!!

aku kadang-kadang tu tak faham dengan orang politik nih????
bukan politician jer.... penyokong2 parti politik pun aku pelik.....

terlampau taksub dengan parti diorang tu sampaikan niat dah menghalalkan care...
fitnah berlaku.....
tuduh menuduh.....
shial la!!!... ptuih!!!! (bak kate abg long dil)

diorang tak sedar ke yang diorag nih dipergunakan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan diorang.....
diorang mengunakan penyokong diorang yang BODOH ni macam anjing....
lepas bagi makan ikut je ape yang tuan die suruh,,,,,,
shial la!!!... ptuih!!!! (bak kate abg long dil)

aku pun tak tau la ape nak jadi dengan bangsa aku nih....
bangsa maleis (bak kate obefiend)
cuba la pikir sikit,,,,
adekah kite ni digunakan....

aku dah terbayang kalau la bangsa melayu kita nih bersatu tanpa mengira fahaman politik....
komfom bangsa laen takut dengan kite....
respect dengan kiter.....

tapi.... macam jauh pangang dari api jer... hurmmm......

biar la depa dua2 parti gaduh2....
aku tengok jer....
selagi tak kacaua periuk nasi aku....
aku senyap....
kalau tak...
tau la ape aku nak buat.....

luahan rasa dari hati tentang politik di tanah air....

Sunday, April 10, 2011

Me with caldina

mase hari sabtu lepas aku ade pergi diner dengan kawan aku...
aku ingatkan die datang amek aku dengan viva die jer... sekali die datang dengan caldina ayah dier
pergh!!!! 1st time gua naek caldina nih.... kenderaan feveret lak tuh... hehehe
memag best la caldina nih....
aku pun ape lagi... amek la beberape shoot dengan caldina nih...
tiba2 teringin nak amek mcm geng2 mlm nih...
so kat bawah nih beberape gambar yg aku shoot dgn cald... hehe





memang best la bawak caldina nih... hehe



ade gaye macam usahawan mlm tak???



saya berjaya anda juga boleh berjaya!!!


memang bergaye sungguh la walaupn kereta pinjam


tercapai gak impian aku untuk membawa caldina nih... gaya bawak lebih kurang je macam bawak camry ayah aku... name pun toyota kan...
pepehal pun... thanks to my makcik. nisa liyana kerana memberi pengalaman kepada aku untuk merasai kereta inih...

thanks yaw!!

Sunday, February 27, 2011

beza antara ori and ap set

dapat dari emeil yang di forward...


Original Set

* Pengedar rasmi Nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
* Pengedar rasmi Sony Ericsson adalah T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus.
* First Mobile Group (FMG) adalah pengedar utama telefon bimbit Samsung.
* FMG memberikan warranty selama 18 bulan.
* Pengedar rasmi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
* Pengedar rasmi Siemens adalah Zitron dan FMG.
* Pengedar rasmi Panasonic adalah Zitron.
* Pengedar rasmi LG’s adalah Zitron.
* Anda boleh servis telefon bimbit anda di mana-mana pusat servis.
(Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres, etc)
* 1 tahun warranty termasuk charger, bateri dan handsfree.
* Alat ganti tulen digunakan ketika membaiki telefon yang rosak.
AP Set

* Maksud AP adalah Approval Products
* Selalunya di import di luar negeri dan dijual kepada pengguna
* Warranty bagi AP set adalah daripada syarikat tempatan seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain lagi.
* 1 tahun warranty untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.
* Sekiranya telefon anda rosak, anda perlu hantar ke tempat dimana anda membeli telefon tersebut.
Water Set

* Telefon yang dicuri dan/atau dibeli daripada luar negeri tanpa membayar cukai seperti mendapatkan pelekat SIRIM. Di cap sebagai haram. Selalunya dibawa oleh pelajar yang belajar diluar negeri.

Mengenal pasti Original dan AP Set

1. Keluarkan bateri telefon
2. Set original mempunyai pelekat rasmi syarikat. (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland & etc)
3. Set AP pula mempunyai pelekat syarikat seperti Final Choice, CSL dan lain-lain
4. Tekan *#06# untuk memeriksa 15 digit nombor siri (IMEI)
5. Bandingkan dengan IMEI yang ada ditempat letak bateri dan juga pelekat di kotak telefon.
6. Untuk set original, nombor siri adalah sama.

Friday, February 4, 2011

petue nak kempiskan perut

dapat dari emeill yang telah di forwardkan


Petua nak Kempis Perut yang Buncit (Walau aku pun buncit)
1.Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam pet i sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3.Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4.Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.


5.Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba


8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Saturday, January 22, 2011

my new climbing shoes....

madrock mugen tech 2.0


dah dirasmikan di camp5 one utama. thanks to hafiz climbers malaysia
sebab belikan aku kasut nih.... pakai pun sedap...

hehehee

Thursday, January 20, 2011

penjejak kereta DIY

Jom kita cuba…


Bahan - bahan :
1- Hp terpakai yg masih elok ( hp tersimpan dlm stor pun boleh ).
2- sim card maxis baru ( Rm8.80 ).
3- Top up Maxis Rm40.
4- In car charger ( kalau boleh yg berkualiti sikit ).

Mula2 in car charger tu buat pendawaian sikit untuk positif + dan Negatif -. Wayar positif + tu cucuk di fuse pencucuh rokok yg berfungsi bila suis kunci di on. Negatif tu screw kan pada body kereta. kemudian masukkan sim card maxis yg baru beli tu. Top up kan sebanyak Rm40. Buat pendaftaran untuk aktifkan maxis selama setahun. Rm33 akan di tolak. so maxis anda akan sentiasa aktif selama setahun. tetapi pastikan top up setiap bulan sebanyak rm5 sahaja. then balance top up tu korang transfer lah kpd hp korang balik. dah siap dari hp korang tu taip find 012xxxxxxx dan hantar ke 22001. hp yg kedua tu akan menerima sms. korang hanya balas ya sahaja. selepas semuanya selesai senyapkan hp tu. hp tu cucuk kpd in car charger tu dan sorok hp tu dimana2 tempat tersorok dan ikat dgn kabel tie. hp tu akan dicaskan baterinya secara automatik bila enjin dihidupkan. jgn off kan hp tu. biar hp tu hidup setiap masa. so bila korang pinjamkan kereta korang korang boleh jejak kereta korang secara senyap. biasanya kedudukan kereta korang akan berada 1 - 10 kilometer radius dari pemancar terdekat. segala information kereta korang akan dipaparkan di hp korang. Pengguna Maxis toMaxis sahaja yg boleh guna sistem nie. cara nak jejak kereta korang taip find 012xxxxxxx dan hantar ke 22001. dlm masa 10 saat korang akan dpt msg sebagai contoh.RM0.30 Friend Finder : 012xxxxxxx is near Pasar Borong, Seri Kembangan,Selangor @ 19.45. maksudnya kereta korang berada di sekitar radius pemancar dekat situ. jika kereta anda dibawa ke JB tapi kawan atau sesaperlah yg pinjam kereta korang tu cakap pergi ke Kedah korang akan dpt tahu kereta tu dibawa ke JB.Ha kan senang tu.. aku akan dpt tahu kemana dia bawa kereta tu. setiap sms yg dihantar akan di charge sebanyak Rm0.30. inilah cara diy termurah untuk menjejak kereta korang.

Sunday, January 16, 2011

faedah membela janggut

dapat dari www.syok.org

Orang Amerika dan Eropah, mereka telah mencuba mengkaji agama Islam dengan lebih dalam, termasuk janggut yang biasa disimpan ulama2 muslim.
Hasil dari kajian mereka, adalah :

1. Janggot secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah

2. Jika tumbuh 1 helai janggot, maka disekelilingnya akan tumbuh janggot yang lebih halus

3. Dalam 1 helai janggot, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam

4. Jika janggot tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri

5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggot akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.



Sabda Rasulullah SAW dalam hal ini :

”Cukurlah kumis dan peliharalah janggot.”

(HR. Muslim)

Friday, January 14, 2011

Colmar Tropicale

ari tu tanggal 8 haribulan 1 tahun dua ribu sebelas aku and beberape orang sedare mare aku telah pergi ke ... sajer jer pergi berjalan2... hehehe

tempat ni terletak di dalam hutan di bukit tinggi... care nak pergi lak senang jer... ikut jer highway karak then sampai nampak signboard berjaya hill resort(lebih kurang camtu la aku x bape nak igt hehehe)

tapi yang bestnyer lepas jer keluar highway.. jalan die memang best la untuk kaki2 merempit nih... hehehe x kisah la bawak kete or motor... memang best...

tapi yang x btnyer lak... kene bayar dalam rm 12 sekepale...

kat bawah ni aku share sket gambar2 aku dekat sane k... hehehe jangan jeles...




aku di france... hehehe


























hehehe aku rase tu jer lah dari aku kot... hope korang pn pergi la cuti2 cinta kat sane k... hehehe da...

kes azan di pandan indah

kerana politik agama islam di dikorbankan....




KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

HANYA KERANA SATU ADUAN, MARUAH ISLAM DIKORBANKAN

(14 Januari 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Apakah malang bagi sebuah negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam apabila Perdana Menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.

Umat Islam seluruhnya juga merasa terpukul dengan arahan ini yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. DPPWP dan umat Islam tidak boleh menerima hakikat arahan ini, kerana azan adalah kaedah dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam bagi mengajak mereka terhadap keindahan Islam. Azan juga adalah sebagai seruan kepada umat Islam agar menjaga ibadah dan seterusnya mengimarahkan masjid.

Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, azan telah menjadi suatu syiar kepada umat Islam. Ia perlu dikumandangkan untuk didengari oleh seluruh manusia. Bahkan Nabi SAW mengarahkan azan agar dilaungkan dengan kuat sebagai menandakan masuknya waktu Solat.

Bagi kaum bukan Islam, azan tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah syiar Islam. Sama seperti agama Kristian dan Hindu yang membunyikan loceng tatkala waktunya, kaum Tionghua yang membakar mercun pada masanya, bagi umat Islam azan adalah kaedah bagi menandakan masuk waktu bersembahyang.

DPPWP difahamkan individu yang membantah azan di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam adalah seorang ahli MCA seumur hidup. Beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di masijd tersebut diperlahankan. Dalam hal ini, DPPWP mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan JAWI tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN? Isu ini membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti yang mampu membela dan mempertahankan Islam, kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponennya.

DPPWP difahamkan juga bahawa kawasan sekitar Pantai Dalam adalah kawasan yang dihuni oleh ramai orang Melayu beragama Islam. Saban hari dan tahun penghuni sekitar tidak menghadapi masalah dengan laungan azan di masjid tersebut, tetapi mengapa hanya dengan satu aduan daripada seorang ahli MCA tiba-tiba pihak JAWI dengan serta merta mengarahkan azan diperlahankan?

DPPWP mengingatkan Perdana Menteri bahawa tindakan ini boleh merendahkan maruah Islam dan umatnya. Bagaimanakah nanti selepas ini jika pelbagai aduan diajukan terhadap mana-mana masjid agar laungan azan diperlahankan atau mungkin ditiadakan, adakah Perdana Menteri dan JAWI akan tunduk terhadap aduan mereka? DPPWP bimbang sekiranya berlaku nanti ada masjid terpaksa dibuang pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk sekitar dan pihak kerajaan melayan tuntutan mereka!

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Wednesday, January 5, 2011

ptptn

huhuhu duit ptptn aku dah semakin meruncing... huhuhu camner nih....

xper la... start dari skang kene berjimat....